Wednesday 30 September 2009

Kalah-Gagal-Menang..

Kalah bukan sebab gagal...
Gagal bukan sebab kalah...
Menang bukan erti Juara...

Kalah belum sampai untuk Menang...
Gagal kerana kita putus asa...
Menang kerena kita tidak putus asa....

Kalah Kerana kita tidak bersungguh...
Gagal kerana kita tiada target...
Menang Kerana kita berpakat...

Kalah kerena kite tiada strategi...
Gagal Kerana kita tak sehaluan...
Menang kerana kita punyai kekuatan...

Kalah kita tidak berkeyakinan KepadaNYA...
Gagal kita selalu lupa kepadaNYA...
Menang Kerana Kita selalu bersamaNYA...

Kita tidak akan Kalah...
Kita tidak akan Gagal...
Kita akan selalu MENANG....
Kerana kita ada ALLAH MAHA ESA....

amilin99

Monday 28 September 2009

PANTUN MALAS SEMBAHYANG....


Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang...
Apasal la aku malas sembahyang,

Kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..
Apasal la aku malas sembahyang,

Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...
Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?
Apasal la aku malas sembahyang,

Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang....
Apasal la aku malas sembahyang,
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!